Mulakan Tahun Baru Anda Dengan Nutrien Yang Betul.

Tahun baru muncul lagi dan inilah masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru dan berazam untuk memulakan kehidupan yang sihat. Sudah tentu untuk mencapainya memerlukan usaha yang lebih daripada hanya melalui pemakanan yang sihat tetapi lebih fokus dalam mendapatkan nutrien yang betul dan mengubah gaya hidup kurang sihat anda. Ini merupakan kunci dalam mencapai keazaman tersebut. Di sini terdapat beberapa tips untuk membantu anda mencapai azam anda dan mengekalkan kecergasan anda!



1) Menggabungkan sumber protein sihat dalam diet anda.
Protein penting bagi diet yang sihat, tetapi protein yang berasal daripada haiwan mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Protein drp bukan daging seperti soya merupakan pilihan protein terbaik. Protein soya sama dengan protein yang anda dapat daripada daging, ayam, ikan atau pelbagai jenis telur. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Beberapa kajian juga membuktikan yang protein soya mungkin boleh mengurangkan kolestrol LDL.

2) Dapatkan pemakanan yang mencukupi.
Makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum. Tetapi ia bukan mudah. Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga.

3) Vitamin B & C.
Vitamin-vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (vitamin B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutaman bagi wanita yang merancang untuk hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan. Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta keseluruhan badan.

4) Tambahkan resveratrol dan polyphenols.
Kajian telah menemui yang penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet anda dapat membantu untuk menggalakkan proses penuaan yang sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5) Aktifkan diri.
Bersenam secara teratur merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu anda mengekalkan berat badan dan mengelakkan anda diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6) Belajar menguruskan tekanan dalam kehidupan anda.
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu anda melegakan tekanan.

7) Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.
Merokok dan alkohol boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang merupakan masa terbaik untuk meninggalkannya.

Shaklee menyarankan VIVIX dan Family Wellness Program (Program Kesejahteraan Sekeluarga) bagi memberikan Nutrisi Menyeluruh untuk penampilan baru anda.

Satu campuran botani unik Polyganum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberry dan Purple carrot yang kaya dengan polyphenols.

Family Wellness Programme.
Didatangkan dengan pek diet nutrisi untuk kekal sihat dan cergas.

----------------------------------------------------------
I'm a Shaklee Independent Distributor
Penghantaran ke seluruh negara.
COD: Pengkalan Chepa/Kota Bharu/Kubang Kerian

Hubungi saya:
Tel. No: 019-9637472
Email: anishaklee@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...