Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu dan Bayi.

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya drp serangan dan jangkitan yg biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan drp penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan. Dan selepas itu diteruskan penyusuan dgn makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya:

1) Multivitamin.
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi drp diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

2) Protein.
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

3) Vitamin C.
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

4) Bcomplex.
Vitamin bcomplex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin bcomplex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

5) Kalsium.
40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

6) Asid lemak Omega 3.
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan. (ADHD) atau autisme.

7) Alfalfa.
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

------------------------------------------------------------------------------------

I'm a Shaklee Independent Distributor
Penghantaran ke seluruh negara.
COD: Pengkalan Chepa/Kota Bharu/Kubang Kerian

Hubungi saya:
Tel. No: 019-9637472 (Kak Nie)
Email: anishaklee@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Mealshake...Pilihan Sarapan Pagi Yang Berkhasiat!

Pencapaian Persekolahan.

Kajian bagi kolerasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan "kanak-kanak yang mengambil Sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran Matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan".

Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?

  • Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan.
  • Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.
  • Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat.
  • Meningkatkan pencapaian berfikir.
  • Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.
  • Membantu mereka untuk tidak "berkhayal" semasa di dalam kelas.
  • Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.
Dengan tabiat yang sering berkejaran dan tergopoh-gapah, kanak-kanak selalunya tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati hidangan mereka. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan yang bukan hanya segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti pilihan berkhasiat hidangan Mealshake Shaklee yang rendah lemak dan rendah glisemik.
Rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Mealshake ini menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat.
Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan-soya berperisa vanila dicampur dgn susu atau minuman kegemaran mereka. Cubalah rasai bancuhan Mealshake Shaklee dipagi hari yang divampur dengan yogurt tanpa perisa ataupun susu rendah lemak beserta buah-buahan.
  • Snek nutrisi yang enak pada bila-bila masa.
  • Hidangan ideal yang rendah kolestrol, lemak dan sodium.
  • Hidangan segera bagi para atlet.


------------------------------------------------------------------------------------

I'm a Shaklee Independent Distributor
Penghantaran ke seluruh negara.
COD: Pengkalan Chepa/Kota Bharu/Kubang Kerian

Hubungi saya:
Tel. No: 019-9637472 (Kak Nie)
Email: anishaklee@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Membesarkan Anak Sihat & Pintar.

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda. Namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

1) Multivitamin.
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

2) Vitamin C.
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

3) Omega-3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak baik. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dengan Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

4) Lecithin.
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

5) Protein baik.
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi TERBAIK yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat disamping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Omega Guard.
Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal.

Lecithin.

Mealshake.
Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral perlu - nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Chewable Vita-C Plus 100mg
Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semulajadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa sitrus/limau dan vitamin C nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.

------------------------------------------------------------------------------------
I'm a Shaklee Independent Distributor
Penghantaran ke seluruh negara.
COD: Pengkalan Chepa/Kota Bharu/Kubang Kerian

Hubungi saya:
Tel. No: 019-9637472 (Kak Nie)
Email: anishaklee@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disea

Ostematrix: Nutrien Matrix Kesihatan Tulang Yang Unik.

Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Ia mengandungi campuran kalsium, vitamin D, magnesium dan mineral-mineral lain yang lengkap.


Penggunaan hanya 2 kaplets ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam satu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

Penyerapan dan Matriks Keterbiosediaan (Bioavailability Matrix)

-----------------------------------------------------------------------------------
I'm a Shaklee Independent Distributor
Penghantaran ke seluruh negara.
COD: Pengkalan Chepa/Kota Bharu/Kubang Kerian

Hubungi saya:
Tel. No: 019-9637472 (Kak Nie)
Email: anishaklee@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disea


Cara Mudah Mengekalkan Kesihatan Tulang & Sendi.

Di sini ialah beberapa cara-cara mudah untuk mengekalkan kesihatan tulang dan sendi:

1) Pengambilan nutrien yang seimbang.
Kalsium amat penting dalam mengekalkan tulang yang sihat. Malaysia Recommended Nutrients Intakes (RNI) (Cadangan Pengambilan Nutrien) mencadangkan purata pengambilan kalsium 1000mg setiap hari bagi mengekalkan tulang yang sihat. Lemak Asid Perlu seperti Omega3 pula terkenal dapat menyediakan faedah anti-radang yang membantu dalam mengurangkan kekakuan atau kekejangan sendi.

2) Senaman yang seimbang.
Senaman membantu memelihara sendi-sendi dan pergerakan tubuh secara keseluruhan. Senaman yang mengandungi bebanan seperti berjalan, menari, berlari anak, mendaki tangga dan mengembara dengan berjalan kaki merupakan jenis-jenis senaman terbaik bagi menggalakkan kesihatan tulang yang sihat.

3) Elakkan merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
Merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan  akan meningkatkan penyusutan ketumpatan tulang dengan mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap kalsium.

Shaklee mencadangkan satu kaedah diet yang kaya dengan kalsium, asid lemak penting dan antioksidan untuk membantu menyokong tulang dan sendi-sendi yang sihat.

Ostematrix menyediakan satu matriks unik nutrien kritikal termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan dan boron.

Omega guard mengandungi asid lemak omega3 ultra tulen yang penting.

Vivix mengandungi resveratrol dan antioksidan sihat yang lain.

------------------------------------------------------------------------------------
I'm a Shaklee Independent Distributor
Penghantaran ke seluruh negara.
COD: Pengkalan Chepa/Kota Bharu/Kubang Kerian

Hubungi saya:
Tel. No: 019-9637472 (Kak Nie)
Email: anishaklee@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disea




Mulakan Tahun Baru Anda Dengan Nutrien Yang Betul.

Tahun baru muncul lagi dan inilah masa yang terbaik untuk memulakan sesuatu yang baru dan berazam untuk memulakan kehidupan yang sihat. Sudah tentu untuk mencapainya memerlukan usaha yang lebih daripada hanya melalui pemakanan yang sihat tetapi lebih fokus dalam mendapatkan nutrien yang betul dan mengubah gaya hidup kurang sihat anda. Ini merupakan kunci dalam mencapai keazaman tersebut. Di sini terdapat beberapa tips untuk membantu anda mencapai azam anda dan mengekalkan kecergasan anda!



1) Menggabungkan sumber protein sihat dalam diet anda.
Protein penting bagi diet yang sihat, tetapi protein yang berasal daripada haiwan mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Protein drp bukan daging seperti soya merupakan pilihan protein terbaik. Protein soya sama dengan protein yang anda dapat daripada daging, ayam, ikan atau pelbagai jenis telur. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Beberapa kajian juga membuktikan yang protein soya mungkin boleh mengurangkan kolestrol LDL.

2) Dapatkan pemakanan yang mencukupi.
Makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum. Tetapi ia bukan mudah. Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat dan bertenaga.

3) Vitamin B & C.
Vitamin-vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asid folik (vitamin B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutaman bagi wanita yang merancang untuk hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan. Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta keseluruhan badan.

4) Tambahkan resveratrol dan polyphenols.
Kajian telah menemui yang penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet anda dapat membantu untuk menggalakkan proses penuaan yang sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5) Aktifkan diri.
Bersenam secara teratur merupakan sesuatu yang penting dalam mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu anda mengekalkan berat badan dan mengelakkan anda diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6) Belajar menguruskan tekanan dalam kehidupan anda.
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu anda melegakan tekanan.

7) Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan.
Merokok dan alkohol boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan mempercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang merupakan masa terbaik untuk meninggalkannya.

Shaklee menyarankan VIVIX dan Family Wellness Program (Program Kesejahteraan Sekeluarga) bagi memberikan Nutrisi Menyeluruh untuk penampilan baru anda.

Satu campuran botani unik Polyganum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberry dan Purple carrot yang kaya dengan polyphenols.

Family Wellness Programme.
Didatangkan dengan pek diet nutrisi untuk kekal sihat dan cergas.

----------------------------------------------------------
I'm a Shaklee Independent Distributor
Penghantaran ke seluruh negara.
COD: Pengkalan Chepa/Kota Bharu/Kubang Kerian

Hubungi saya:
Tel. No: 019-9637472
Email: anishaklee@gmail.com
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...