Showing posts with label vit C chewable. Show all posts
Showing posts with label vit C chewable. Show all posts

Membesarkan Anak Sihat & Pintar.

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda. Namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

1) Multivitamin.
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

2) Vitamin C.
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

3) Omega-3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak baik. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dengan Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

4) Lecithin.
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

5) Protein baik.
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi TERBAIK yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat disamping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Omega Guard.
Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal.

Lecithin.

Mealshake.
Sumber protein yang hebat dengan menawarkan 19 vitamin dan mineral perlu - nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Chewable Vita-C Plus 100mg
Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semulajadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa sitrus/limau dan vitamin C nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.

------------------------------------------------------------------------------------
I'm a Shaklee Independent Distributor
Penghantaran ke seluruh negara.
COD: Pengkalan Chepa/Kota Bharu/Kubang Kerian

Hubungi saya:
Tel. No: 019-9637472 (Kak Nie)
Email: anishaklee@gmail.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disea

Vitamin Shaklee Untuk Anak-anak.

Saya begitu prihatin soal pendidikan anak2. Dan saya juga begitu mengambil berat dgn tahap kesihatan dan perkembangan anak2 saya. Sebab itulah saya cuba memastikan mereka mendapat zat yg secukupnya dlm pemakanan harian mereka supaya perkembangan mereka tidak terganggu. Tapi sebenarnya agak mustahil kanak2 yg tengah membesar dan lasak ni dpt seimbangkan pemakanan diorang. Tambah2 lagi anak saya yg agak cerewet dan memilih makan...
Tapi sekarang ni saya dah tak perlu pening2 kepala lagi sebab saya dah ada supplement shaklee utk anak2 saya. Setelah saya mencuba supplemen Shaklee ni, bukan saja saya berpuashati dgn hasilnya... malah anak2 juga cukup2 gemarkannya. Jangan ingat Shaklee ni hanya utk org dewasa saja ya. Sebenarnya ia lengkap utk kegunaan seisi keluarga mengikut tahap kesihatan masing2.
Malam ni saya tak nak cerita pasal vitamin lain. Tapi saya nak cerita pasal vitamin yg menjadi kegemaran anak2 saya kat rumah ni.

Inilah supplement Shaklee yg menjadi kegemaran anak2 kat rumah ni.

1) Mealshake.
Ini adalah info bg yg ingin tahu apa itu mealshake:
  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yg diperlukan utk kanak-kanak membesar.
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • Dpt membantu menambah selera makan anak2
Tiap-tiap pagi anak2 saya tak pernah miss minum milo campur dgn 1 sudu teh mealshake ni. rasanya sedap... baunya yg seakan2 aiskrim vanila sudah cukup membuatkan kanak2 menggemarinya. Papanya sendiri kadang2 tumpang minum mealshake ni dgn anak2 ^o^.

2) Vita-Lea for Children.
Ianya lengkap dengan nutrien dan mineral yang diperlukan anak. Membantu penyerapan nutrien dari makanan. Boleh diselang seli dengan Meal Shakes.

3) Chewable Vita C
Ianya dpt membantu anak menguatkan sistem imum dam melawan penyakit dan bersifat anti oksida.

4) Omega Guard.
Ia adalah supplemen fish oil yang membantu perkembangan otak anak. Tidak perlu diambil setiap hari, cukup sekadar 2-3 kapsul seminggu.

Alhamdulillah. Pencarian supplement yg sesuai utk anak2 sebelum ini nampaknya dahpun berakhir. Sebabnya skrg ni saya betul2 berpuashati dgn hasil yg kami dpt dari pengambilan supplement Shaklee ini utk kegunaan saya seisi keluarga. InsyaAllah...takkan tukar2 lagi lepas ni.

Kalau selama ini kita mampu belikan anak2 mainan dan pakaian yg mahal2, apa salahnya kita peruntukkan sedikit budget kita tu utk belikan supplement utk kesihatan anak2. Pelaburan yg sedikit ini mampu memberikan kesihatan yg berpanjangan utk anak2 kita. Renung2kanlah.

Sekiranya anda juga berminat utk berikan pada anak2... anda boleh hubungi saya di email anishaklee@gmail.com ataupun sms ke 019-9637472 utk konsultasi percuma dan harga diskaun istimewa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...